"~ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT DATANG KE kelisssh.blogspot.com !!!~"

"~WAKTU SEKARANG~"

Saturday, May 2, 2009

PAKATAN SELATAN (PROGRAM BICARA JUTAWAN)

Jumaat , 1 Mei 2009, satu program Pakatan Selatan telah diadakan untuk mengumpulkan para2 usahawan yang terbabit dalam dunia perniagaan. Seramai lebih kurang 15 orang telah menyertainya bertempat di Tasik Pasir Gudang, Johor. Pihak SSSH AQUA juga telah menyertai program ini.

Objektif perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim warga "Bicara Jutawan" yang terlibat dalam dunia perniagaan.Masing2 membincangkan tentang apa yang mereka usahakan dan berkongsi pengalaman.Di situ mereka dapat bertukar2 fikiran serta boleh meningkatkan jalinan kerjasama dlm perniagaan.

Para peserta terdiri daripada penternak ikan,pengusaha Art & Printing, pengusaha fertigasi cili, pengusaha kain & pakaian, pengusaha produk2 kolam & barangan pertanian dan lain-lain.

Program ini mungkin amat suntuk masanya diadakan tetapi insyaAllah di masa akan datang, ada cadangan untuk mengumpulkan warga2 B.J untuk menyertai program2 yang akan dijalankan seperti Family Day @ BBQ dimana akan ambil masa seharian agar warga2 B.J dapat meningkatkan perkenalan antara 1 sama lain.

Mudah2an,peserta2 yang menyertai pakatan selatan ini akan mendapat serba sedikit ilmu dalam dunia perniagaan dan dapat berhubung sesama kami untuk jalinan perniagaan dimasa akan datang.insyaAllah...