"~ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT DATANG KE kelisssh.blogspot.com !!!~"

"~WAKTU SEKARANG~"

Wednesday, April 8, 2009

BIO AQUATIC

Kami ada menjual produk bio aquatic untuk penternakan ikan:

- sebagai nutrien tambahan untuk meningkatkan kesesuaian ekosistem dan kualiti air bagi membantu tumbesaran ternakan.
-membantu pertumbuhan zooplankton & phytoplankton yang diperlukan untuk ternakan air seperti ikan, udang dan lintah.
- 1 botol = 5 Liter

KOLAM KANVAS



Kami ada membekalkan kolam kanvas untuk penternakan keli

- berukuran 7 x 16 x 3 kaki
- diperbuat daripada bahan yang tahan lasak
- tebal dan berkualiti
- harga RM 380
- hubungi kami untuk tempahan

GERBANG PERIKANAN TERKINI

Selamat datang ke blog KELISSSH.Objektif kami adalah untuk memasarkan hasil produk perikanan kami yang berkualiti dan halal serta produk yg berkaitan dgn penternakan. Ternakan kami adalah 100% diberi makan pallet.Ia adalah keli organik & kaya dengan OMEGA 3 iaitu tinggi kandungan protein.Ianya diternak didalam kolam kanvas dimana ianya tidak hanyir.
Antara perkhidmatan yang kami jalankan adalah:
1. menjual keli dewasa / matang
2. menjual benih keli 3 & 4 inci
3. menjual kolam kanvas
4. menjual produk bio aquatic
5. menjual & mengedar ikan keli masin, keli salai & keli segera sejuk beku
6. lain-lain

PENUBUHAN SSSH AQUA

Penternakan ikan keli adalah idea dari kami memandangkan penternakan ini mempunyai masa depan yg cerah dan menguntungkan jika di buat dengan bersungguh2.Memandangkan ekonomi sekarang semakin meningkat,lalu terlintas difikiran melangkah setapak untuk memajukan diri kearah masa depan yang lebih cerah.

Syarikat kami SSSH AQUA telah ditubuhkan pada 8 April 2009. Sebelum ini kami telah menjalankan perusahaan ini secara kecil-kecilan pada September 2008.Objektif penubuhan syarikat ini adalah untuk meneroka bidang baru yang berkaitan dengan perikanan.

Memandangkan penglibatan kami baru diperingkat awal, namun kami cuba berdaya saing untuk melangkah maju seperti penternak-penternak yang lain.Kami akan sedaya upaya menjadi penternak yang berjaya supaya dapat bersaing untuk meningkatkan ekonomi negara.

Melihat kepada penjualan ikan keli pada masa kini, ia amat memberangsangkan dimana banyak produk telah terhasil daripada ikan keli. Contohnya sardin keli, keli salai, fish ball keli dan lain-lain. Di restoran-restoran juga,kita dapati banyak masakan dari ikan keli seperti keli sambal, keli masak cili, keli goreng dan lain-lain.

Kami juga cuba meluaskan rangkaian perusahaan kami dengan menghasilkan produk makanan yang berasaskan keli seperti ikan keli salai, ikan keli masin,keli segera sejuk beku. Disamping itu, kami juga menjadi agen untuk produk yang digunakan dalam penternakan ikan.

Kami berharap suatu hari nanti, perusahaan kami akan bertambah maju selaras dengan matlamat kami untuk meningkatkan ekonomi diri dan juga negara.Maka dengan itu, dunia penternakan akan melangkah setapak ke hadapan dan menjadi variasi dalam dunia perniagaan. Insyaallah...

Saturday, April 4, 2009

PERALATAN DAN BAHAN

KOLAM KANVAS
- Terdapat dalam plbagai saiz
- Boleh memuatkan ikan keli yang banyak
- Diperbuat dari kanvas yang berkualiti dan tidak mudah bocor
- Ada outlet di bhg kanvas utk pengeluaran air
- Boleh di ikat dgn besi atau kayu asalkan ianya kukuh
- Ikan yang di ternak dalam kanvas adalah kurang hanyir
- Kolam senang untuk dipindah/dialihkan ke tempat lain
- Terdapat over flow dimana air yang berlebihan akan keluar melalui over flow ini.
POLY TANK
- Untuk meletakkan ikan selain dari kolam kanvas
- Boleh meletakkan benih ikan sementara waktu sebelum diletak kedalam kolam kanvas
- Ada juga penternak yg menternak menggunakan polytank sahaja.
- Harga polytank boleh dikatakan murah mengikut harga saiznya
- Senang untuk dialihkan/dipindahkan


MAKANAN IKAN
- Makanan ikan terdiri dari
1) PRESTARTER (40% PROTEIN)
2) STARTER (32% PROTEIN)
3) GROWER (28% PROTEIN)
4) FINISHER (18% PROTEIN)
- 1 Beg mengandungi 20kg pallet
- kebanyakan penternak kini menggunakan pallet sbg mknn ikan keli kerana air kolam tidak cepat busuk & kotor
- daging ikan juga tidak hanyir berbanding ikan yang memakan usus & lemak ayam

BIO AQUATIC
- Untuk menggalakkan pertumbuhan zooplankton dan phytoplankton sebagai makanan tambahan kepada ikan
- Menggalakkan pembesaran ikan dgn lebih cepat berbanding tarikh matang sebenar.
- Apabila menggunakan bio aquatic, air tidak perlu selalu ditukar
- Kandungan dlm bio aquatic akan menyerap kekotoran dan menjamin kualiti dan ekosistem air serta amat sesuai bagi ternakan ikan keli dan ternakan2 lain
GRADING NET
- Untuk mengasingkan ikan2 keli yang besar dan kecil mengikut saiznya
- Supaya ikan besar tidak memakan ikan-ikan yang kecil
- Proses grading sesuai dilakukan apabila benih telah berusia 2 minggu.
- Walaupun ikan hanya bersaiz 3 & 4 inci, tapi ia boleh menyerang sesama sendiri menyebabkan badan2 ikan mengalami luka2
- Apabila badan ikan telah luka maka ikan menjadi lemah dan ia akan dimakan oleh ikan keli yang lain.
- Oleh itu ia perlu diasingkan agar kematian ikan tidak berlaku
- Grading net terdiri dari pelbagai saiz dimana saiz yang kecil boleh mengasingkan benih2 ikan yang kecil, manakala saiz besar untuk mengasingkan ikan yang besar
- Ia juga boleh digunakan dalam proses penuaian iaitu mengasingkan ikan2 yang besar yang mencapai saiz 6@7 ekor sekilo untuk dijual
- Grading net terdiri dari pelbagai bentuk samada empat segi atau bulat mengikut citarasa penternak yang membuat sendiri grading net itu
PH TEST
- Untuk menguji tahap ph air
- Air yang sesuai untuk ikan adalah dari lingkungan ph 6.5 – 7.5
- Sebelum memasukkan benih ikan, air perlu di uji pH nya dahulu
- Sekiranya Ph air terlalu tinggi, air perlu dibuang separuh dan isikan dengan air yang bersih dan uji ph nya semula sehingga mencapai pH yang sesuai


GARAM KASAR
- Untuk merawat air dari serangan kutu air supaya tidak menjangkiti ikan
- Ikan2 yg telah dijangkiti kutu air, kita akan dapati tompok2 putih pada kulitnya dan ia perlu diasingkan supaya tidak menjangkiti ikan-ikan yang lain.
- Air perlu ditukar agar bakteria yang menjangkiti ikan tidak merebak melalui air yang mengandungi kutu air itu
- Garam adalah sebagai ubat bagi dan boleh ditabur seminggu sekali kedalam kolam, dan garam juga boleh digunakan untuk mematikan ikan sebelum menyiangnya


SAUK IKAN
- Untuk menyauk ikan didalam kolam
- Terdapat dalam pelbagai bentuk bergantung pada kesesuaian

AIR
- Air yang sesuai ialah air sungai
- Air paip mengandungi klorin dan sebelum menggunakan air paip, ia perlu diperam selama lebih kurang 3 hari
- Sebelum memasukkan benih ikan, air perlulah di uji pH nya dahulu
- Penggunaan air yang mengalir amat bagus untuk ternakan ikan
- Air adalah penting pada ternakan dan perlu ditukar apabila ia
1) nampak kehijauan yang terlalu pekat
2) kelihatan berbuih2 besar dipermukaan
3) ia berbau busuk kerana kandungan ammonia nya yang tinggi
- Dengan menggunakan sistem saliran air, air akan sentiasa mengalir dan penggunaan filter adalah bagus untuk menapis air dari kekotoran agar air menjadi bersih.

PERJALANAN PERUSAHAAN PENTERNAKAN KELI

lokasi penternakan di FELCRA BUKIT KEPONG, JOHOR

Pemasangan besi dan kolam kanvas berukuran 16x7x3 kaki

memasukkan air sedalam 1 kaki bergantung kepada saiz ikan.semakin besar ikan, semakin bertambah kuantiti air yang perlu dimasukkan kedalam kolam

memasukkan bio aqua kedalam kolam dan air kolam diperam selama 1 minggu supaya bio aqua dapat diaktifkan sebelum benih ikan keli dimasukkan.

sebelum memasukkan benih ikan keli, bungkusan yang berisi benih haruslah direndam dalam kolam terlebih dahulu dalam 30min-1jam supaya ikan tidak mengalami perubahan suhu yang mendadak.


Melepaskan benih ikan keli kedalam kolam. Air kolam juga boleh dimasukkan sedikit kedalam plastik berisi ikan beberapa minit sebelum melepaskan kesemua anak ikan kedalam kolam.

mengasingkan ikan yang mati supaya air tidak menjadi busuk

garam ditaburkan kedalam kolam seminggu sekali agar dapat merawat ikan dari jangkitan kutu air

ikan diberi makan 100% pallet. ikan harus diberi makan 2 @ 3 kali sehari. Jenis makanannya samada starter, grower @ finisher adalah bergantung kepada saiz dan usia ikan itu.

kolam ditutup dengan net dan bumbung bagi melindungi dari kepanasan matahari

air yang telah kotor perlu ditukar untuk mengelakkan kematian ikan


proses pembersihan kolam dengan mengurangkan air kolam serta memasukkan air baru

penjagaan yang berterusan, penukaran air serta pemberian makanan yang teratur akan menghasilkan ikan yang matang dan berkualiti dan dapat mengurangkan kadar kematian ikan

Thursday, April 2, 2009

DARI SEHARI KE SEHARI...

DARI SEMASA KE SEMASA





TAHUN 2008

- Di usahakan pada September 2008
- Dimulakan dengan 2 buah kolam kanvas, 1 polytank dan benih sebanyak 10000 ekor bersaiz 3 inci.




2 buah kolam kanvas keli bersebelahan rumah




keli bersaiz 3 inci





TAHUN 2009

- Kolam telah ditambah menjadikan kesemuanya 4 buah kolam kanvas. Ikan yg ada lebih kurang 25000 ekor.




memasukkan benih keli kedalam kolam

TIMBULNYA IDEA MENTERNAK KELI

TIMBULNYA IDEA MENTERNAK KELI

Penternakan ikan keli adalah idea dari kami memandangkan penternakan ini mempunyai masa depan yg cerah dan menguntungkan jika di buat dengan bersungguh2.Memandangkan ekonomi sekarang semakin meningkat,lalu terlintas difikiran melangkah setapak untuk memajukan diri kearah masa depan yang lebih cerah.

Dengan melihat pada pasaran ikan keli sekarang amat baik dan jika dilihat di kedai2, banyak masakan adalah berasaskan ikan keli dan juga banyak produk telah dihasilkan daripada ikan keli,dari situ kami mendapat idea untuk menternak ikan keli secara kecil-kecilan dahulu.
Untuk menghasilkan secara besar-besaran, ia amat memerlukan modal yang tinggi dan masa yang banyak untuk ditumpukan kepada penternakan ini.Memandangkan kami mempunyai pekerjaan tetap lantas kami menjadikan penternakan ikan keli sebagai kerja sampingan kami.

Dengan tidak membuang masa kami menghadiri kursus penternakan keli di Ayer Itam Aquatic dan disitu kami telah mendapat serba sedikit ilmu tentang penternakan keli. Kami telah membeli pakej yang ditawarkan dan setelah semua barang dan benih dihantar, kami terus memulakan langkah pertama dengan menternaknya pada bulan september 2008.

Menternak keli tidak semudah yang dilihat. Amat sukar sebenarnya diawal penternakan.Lagi-lagi kami cetek pengetahuan tentang langkah-langkah perternakan.Pada mulanya benih ikan banyak yang mengalami kematian tanpa diketahui punca sebenar,tetapi semakin lama kami bergiat dalam penternakan ini, banyak pengalaman penternak yang telah kami ambil serta nasihat2nya, alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Sebagai penternak, kita harus berkongsi ilmu agar para penternak dapat meningkatkan prestasi penternakannya. Tidak perlu lokek ilmu kerana sebagai penternak, kita harus berdaya saing tanpa ada rasa dengki antara satu sama lain.

Penternakan kami sekarang berjalan dengan lancar dan kami dari hari ke sehari, masih lagi menimba ilmu tentang penternakan ini tetapi buat masa ini ianya lebih kepada penternakan.Mungkin siapa tahu, suatu hari nanti kami akan memperbesarkan dan memperluaskan bisnes kami ini dengan membuat pembenihan keli atau produk2 makanan dari keli. insyaAllah, jika diizinkan TUHAN... AMIN...

Wednesday, April 1, 2009

CERITA SI IKAN KELI

IKAN KELI adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Rupa ikan keli menyerupai ikan sembilang. Biasanya mempunyai warna hitam dan keperang-perangan mempunyai sesungut di mulutnya. Sesungutnya mempunyai bisa. Jenis-jenis ikan keli yang terdapat di Balik Pulau ialah ikan haruan, ploktan dan sembilang. Ikan keli mudah didapati di Balik Pulau kerana terdapat banyak paya dan sawah bendang.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Cara-cara menangkap ikan keli ialah dengan melihat reaksi lumpur sawah. Sekiranya lumpur itu mempunyai pergerakan atau mengeluarkan buih, itu menandakan adanya ikan keli. Untuk membuang bisa, kita kenalah memotong mulut ikan keli. Tiada pantang larang memakan ikan keli kecuali ibu-ibu yang sedang mengandung.

IKAN KELI DI PASARAN

Ikan Keli Kayu
Ikan Keli Bunga
Ikan Keli Eksotika
Ikan Keli Limbat
Ikan Keli Mata Kati
Ikan Keli Rusia
Ikan Keli Afrika

IKAN TERNAKAN

Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam simen,kolam tanah dan kanvas. Ia mudah membiak dengan memberi makan usus ayam, lemak ayam, pallet dan sebagainya. Keli organik adalah keli yang hanya diberi makan pellet sahaja dimana ia kaya dengan OMEGA 3. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 - RM7.00.
Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".

KEPERCAYAAN

Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.
Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak.
Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.

KEGUNAAN

Ikan keli dimasak dengan dibakar, digoreng dan dibuat gulai. Masakan ikan keli popular ialah asam pedas, sambal tumis dam masak cili api. Selain dimasak ikan keli juga boleh dibela sebagai perhiasan di kolam.