Menu yg telah disediakan semasa tt ini ialah bbq ayam sosej, nasi goreng cina, keropok goreng, buah2an serta air sirap limau. Pembahagian tugas telah diberikan kepada beberapa orang ahli iaitu mysniper, serrie, halimi dan eddy 77 bagi membantu ketua pakatan selatan selaku pihak penganjur iaitu En Adli Azamin.Kerjasama antara ahli-ahli akhirnya telah merealisasikan program santai ini sambil ber"bbq" dan ber "t.t".
Antara perkara yg telah dibincangkan dlm perjumpaan ini ialah tentang perusahaan tebu dan juga penternakan keli.Salah seorang wakil FAMA juga telah hadir dlm tt ini dan banyak nasihat serta info yg telah diberikan olehnya. Ada juga seorang dari ahli pakatan selatan sedia mengajak berbincang tentang perusahaan yg bakal dilakukan dan juga pemberian dana utk ahli pakatan selatan yg berminat untuk mengusahakan projeknya nanti.
Segala apa yg dibincangkan adalah amat bermanfaat dan boleh dijadikan jaringan perniaagaan kerana ia adalah berasaskan pernternakan dan perikanan iaitu satu perusahaan dibawah bumbung yg sama. Semoga ahli2 pakatan selatan mendapat semangat dan keyakinan yang baru dari perjumpaan ini.
Perjumpaan t.t yang akan datang bakal dibincangkan kelak, cuma tempat & lokasi belum ditetapkan lagi. Mudah-mudahan t.t yang akan datang dapat menarik lagi muka2 baru untuk menyertainya. Penyertaan baru adalah amat2 digalakkan. Harapan untuk warga pakatan selatan,semoga ahlinya dapat melangkah setapak demi setapak, demi untuk memajukan diri dlm apa jua yg diceburi. mudah2an..insyaAllah..