"~ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT DATANG KE kelisssh.blogspot.com !!!~"

"~WAKTU SEKARANG~"

Wednesday, April 1, 2009

CERITA SI IKAN KELI

IKAN KELI adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Rupa ikan keli menyerupai ikan sembilang. Biasanya mempunyai warna hitam dan keperang-perangan mempunyai sesungut di mulutnya. Sesungutnya mempunyai bisa. Jenis-jenis ikan keli yang terdapat di Balik Pulau ialah ikan haruan, ploktan dan sembilang. Ikan keli mudah didapati di Balik Pulau kerana terdapat banyak paya dan sawah bendang.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Cara-cara menangkap ikan keli ialah dengan melihat reaksi lumpur sawah. Sekiranya lumpur itu mempunyai pergerakan atau mengeluarkan buih, itu menandakan adanya ikan keli. Untuk membuang bisa, kita kenalah memotong mulut ikan keli. Tiada pantang larang memakan ikan keli kecuali ibu-ibu yang sedang mengandung.

IKAN KELI DI PASARAN

Ikan Keli Kayu
Ikan Keli Bunga
Ikan Keli Eksotika
Ikan Keli Limbat
Ikan Keli Mata Kati
Ikan Keli Rusia
Ikan Keli Afrika

IKAN TERNAKAN

Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam simen,kolam tanah dan kanvas. Ia mudah membiak dengan memberi makan usus ayam, lemak ayam, pallet dan sebagainya. Keli organik adalah keli yang hanya diberi makan pellet sahaja dimana ia kaya dengan OMEGA 3. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 - RM7.00.
Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".

KEPERCAYAAN

Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.
Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak.
Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.

KEGUNAAN

Ikan keli dimasak dengan dibakar, digoreng dan dibuat gulai. Masakan ikan keli popular ialah asam pedas, sambal tumis dam masak cili api. Selain dimasak ikan keli juga boleh dibela sebagai perhiasan di kolam.

1 comment:

  1. saya menjual ikan keli limbat segar..murah2..harga boleh nego..sudin 0145150398

    ReplyDelete